Senin, 23 April 2012

MUSLIMAT & MIKSI 2012


Syukur Alhamdulillah kerana Program MIKSI (minggu kesenian & Sukan Islam) telah berjaya kita bawa dengan baik. Program MIKSI 2012 ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh Biro Kesenian dan Sukan PKPMI-CA,  setelah persatuan diaktifkan kembali pada tahun 2008 selepas tragedi Tsunami 2004. Syabas diucapkan !! Dengan adanya program sebegini anak-anak malaysia yang berada dibumi Aceh ini dapat berkumpul beramai-ramai demi mengeratkan silaturrahim. Kesibukan belajar tidak menjadi penghalang untuk kami mengadakan aktiviti sebegini. 

Sebagaimana kita ketahui, Islam adalah dien al-Fitrah, seluruh ajarannya berjalan dengan harmonis dan selaras dengan naluri dasar dan kesiapan manusia bahkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syariatnya memenuhi hajat kehidupan manusia dalam berbagai aspeknya. Firman Allah swt. Yang bearti: “ maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetaui.” [Surah Ar-Rum: 30]

Menurut Al-Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa Allah swt. telah memberikan manusia akal dan pancaindra. Tiap-tiap dari pancaindera itu ingin menikmati sesuatu menurut nalurinya masing-masing. Umpamanya, ingin menikmati sesuatu yang indah, ingin mendengarkan sesuatu yang merdu dan nyaring. Jadi tidak masuk akal bila semua pemandangan, tontonan/hiburan kesenian dan berbagainya dihalang dalam Islam. Namun pancaindera itu jangan dibiarkan berjalan sekehendaknya, melainkan harus kontrol dan disalurkan kejalan yang baik.

Program Miksi peringkat Muslimat ini bermula pada tanggal 15 April, yang dimulakan dengan acara perlawanan Ping pong. Kemudian pada tanggal 22 April adalah hari  terakhir kesenian dan kebudayaan yang mana semua muslimat berpatisipasi dalam membuat persembahan masing-masing. Acara pada hari tersebut diserikan dengan kehadiran Ibu Ir Azniar sebagai perasmi Program MIKSI 2012. Disamping  kunjungan dari dosen fakultas dakwah dan anak Aceh.

Majlis ini juga bertambah seri dan indah dengan gandingan mantap dari MC yaitu Nor Safika dan Jamratul Shaheenaz yang sememangnya kreatif dengan idea-idea spontan dan cool mereka iaitu dengan adanya acara selingan seperti teka-teki, belon beracun dan cabutan bertuah. Tambahan pula persembahan yang begitu mantap dari group bayeun rilex sudah iaitu dikir barat Tsunami, sajak dan nasyid. Manakala group muslimat dari tengku diblang mempersembahkan puisi Jihad Boikot Yahudi dan sketsa 3S (senyum,salam dan sapa). Selain itu, persembahan istimewa dari tanzim pelaksana minggu kesenian dan sukan Islam iaitu nasyid dan tidak lupa persembahan khas dari Exco muslimat PKPMI-CA 2011/2012 iaitu pentomen yang diadaptasi dari kisah Sumayyah. Seterusnya, acara penutup MIKSI  dengan penyampaian hadiah serta penyerahan sijil penyertaan dan penghargaan bagi semua yang terlibat. Majlis ini diakhiri dengan tayangan video dari Biro Kesenian dan Sukan PKPMI-CA 2011/2012.  Syabas diucapkan !!! Semoga acara yang telah berlangsung diredhai oleh Allah swt.... 
Harapan kami dari pimpinan PKPMI-CA 2011/2012 semoga kedepan Biro Kesenian dan Sukan peringkat muslimat akan terus aktif dan lebih aktif...(^__^)  Majukan Sukan untuk PKPMI-CA.

_KEMANTAPAN TARBIYYAH TERAS KESATUAN MAHASISWA_

Rabu, 18 April 2012

KAMI yang mereka panggil wanita


Keimanan Kami hanya
1. Kepada ALLAH
2. Kepada Malaikat
3. Kepada Kitab
4. Kepada Rasul
5. Kepada Hari Kiamat
6. Kepada Qada’ dan Qadar

Akhlak Kami
1. Mencintai ALLAH
2. Cintai Rasul
3. Bersifat benar
4. Bertaubat
5. Bersyukur
6. Bertaqwa
7. Jauhi takabur

Amalan Anggota Kami
1. Mengucap syahadah
2. Membaca Al-quran
3. Belajar Ilmu
4. Zikrullah
5. Menjaga pandangan
6. Menjaga lidah lidah dan anggota
7. Berdoa
8. Beristighfar 


Tugas Untuk Diri Kami
1. Bersuci
2.Tutup Aurat
3. Solat lima waktu
4.Tidak syirik
5. Membayar hutang
6. Beribadah 


Untuk Keluarga Kami
1. Bernikah
2. Menjaga hak keluarga
3. Hormat ibu bapa
4. Mendidik keluarga
5. Bersilaturrahim
6. Sayang-menyayangi
7. Memberi nafkah 



'Berusahalah menjadi mukminah solehah di akhir zaman'(^_^)

Membina Kekuatan Melalui Usrah



Kekuatan yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad S.A.W dengan terbinanya empayar Madinah Al-Munawwarah tidak datang dengan sendirinya bahkan kekuatan itu adalah merupakan perencanaan jangka panjang baginda yang telah diolah berdasarkan pengawalan akal,emosi,dan hati berteraskan keimanan yang kukuh kepada Allah S.W.T.
Jadi, melalui kebijaksaan yang Allah S.W.T jelmakan melalui nabi S.A.W itu,baginda telah mencanangkan satu bentuk pendekatan yang begitu mengagumkan dan berkesan dalam membina satu bentuk kekuatan yang mencakupi daripada pelbagai sudut kehidupan iaitu usrah. Dalam hal ini,Imam Hassan Al-Banna telah menerangkan bahawa rukun-rukun yang terdapat dalam usrah tersebut adalah merupakan intipati tepat ke atas persoalan bagaimana ramuan usrah ini mampu dimanipulasikan oleh baginda sehingga berjaya menghasilkan manusia-manusia hebat yang mana semangat juang mereka ini sangat utuh dan jitu.Contohnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Bilal,Umar dan sebagainya. Jadi,melalui persoalan ini,Imam Hassan Al-Banna telah merungkaikan satu persatu rukun-rukun usrah yang menjadi tunjang yang kuat dalam pembinaan kekuatan umat islam.

Tiga rukun utama yang diutarakan oleh As-Syahid ialah ta,aruf (perkenalan),tafahum (persefahaman)dan takaful(tolong-menolong).Dilihat secara lebih khusus,sememangnya tidak syak lagi ramuan ini mampu memberikan satu bentuk perhubungan rohani dan jasmani yang begitu kuat seterusnya membenarkan kalam Allah yang menyatakan tentang perlunya perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia.

Semua ini telah mampu dibuktikan dengan hanya satu halaqah yang kecil tetapi berupaya menjadi enjin yang menggerakkan satu mesin yang besar.Jadi,apa yang paling penting mutakhir ini ialah para pejuang islam mesti kembali untuk bersama-sama mengutamakan pendekatan usrah yang sememangnya menjadi sunnah nabi S.A.W ini sekiranya para penegak kebenaran ini mahu membina kekuatan ummah yang bukan sahaja baik perhubungannya dengan Allah tapi juga baik perhubungannya dengan manusia....Hidup Untuk Islam..!

Rabu, 14 Maret 2012

NISA' GAME II / 2012


Alhamdulillah segala puji dan syukur  saya panjatkan kepada Allah Taala kerana telah memberikan keizinan untuk mengadakan Program Nisa’ Games II  pada 29Feb 2012 iaitu  bersamaan hari rabu yang diadakan di Pantai Wisata Ujong Batee, Banda Aceh. Program ini diadakah dengan kehadiran mahasiswa muslimat dari 3buah Negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Ini merupakan program yang julung-julung diadakan dan ia dibawah anjuran Biro Kesenian dan Sukan PKPMI-CA 2011/2012.
 Pada Hari program, Kami bergerak ke tapak program sekitar jam 7.15pagi dan smpai jam 7.45pagi. setelah itu, acara perasmian diadakan dan dahului dengan bacaan ayat suci Al-Qur’an oleh Al-Ukht  Asma’ binti Amran, setelah itu bacaan doa oleh  Al-Ukht Zubaidatul Jannah binti Nordin, kemudian sesi ucapan kata alu-aluan oleh pengerusi  Helwani Al-Ukht Hatim Fathonah binti Mohd Kamal,  merangkap Penasihat kepada program ini dan setelah itu diikuti dengan ucapan Pengarah Program Al-Ukht Nurul Sa’adah binti Hasan Basri. Program ini dirasmikan oleh Ibu’ Azniar Araby iaitu Isteri kepada Pak Rektor IAIN AR-RANIRY. Acara perasamian berakhir sekitar jam 9.10pagi.

Setelah itu, ahli muslimat PKPMI-CA, Thailand dan Aceh bersiap untuk sesi warming up yang diketuai oleh Al-Ukht Aslindawati iaitu bendahari dari Biro Kesenian dan Sukan 2011/2012. Namun program yang dirancang diuji dengan kehadiran dari rahmat Allah, hujan turun dengan lebatnya tetapi ia tidak mematahkan semangat tanzim pelaksana untuk meneruskan program, plan B dilakukan iaitu dengan mengadakan acara diatas pondok tempat kami berteduh dan ia dimulai dengan acara tiup belon, makan buah limau, isi benang dalam jarum, cari gula2 dalam tepung, design baju dan anyam ketupat. Ketika ini kehangatan acara dirasai dan kedengaran sorakkan dari kumpulan masing-masing member sokongan kepada kawan-kawan yang terlibat dengan permainan yang berlansung.
Jam 12.45tengah hari, sebelum ahli berhenti rehat pengarah mengambil alih program bagi mendengarkan tredmark setiap kumpulan, meriah dan ceria yang dapat dirasai. Masing-masing mempunyai tredmark yang mantap dan mengambarkan kehebatan muslimat. Kesatuan ini menyatukan kami dari 3buah Negara tanpa memikirkan dari perbezaan budaya, ukhwah tercipta kasih saying tersemai dihati kami. Setelah itu, ahli berhenti rehat untuk solat dan makan tengah hari.
Alhamdulillah, hujan semakin reda namun tanzim pelaksana mengambil keputusan untuk mengadakan permainan di lapangan, semangat dari ahli2 mendorong kami untuk meneruskan acara selanjutnya. Sekitar jam 2.00ptg, semua ahli turun kelapangan untuk acara seterusnya iaitu isi air dalam botol, baling belon, lari dalam guni, kepit buah kelapa sambil lari, lari atas tempurung, boling kelapa,dan bawa bola pingpong dalam sudu. Sorakan demi sorakan menjadikan acara permainan semakin meriah dan mencuit hati kami dikalangan tanzim pelaksana. Begitu meriah tika sesekali melepaskan beban difikiran dan kepuasan dirasai dikalangan kami.
Sekitar jam 4.20ptg, ahli berhenti berehat untuk menunaikan solat asar. Dan acara kemuncak diadakan jam 5.15ptg iaitu permainan terkhir istana pasir. Istana pasir diadakan demi mengeratkan ukhwah diantara kami kerana ia melibatkan semua ahli kumpulan. Disitu terlihat kreativiti setiap ahli kumpulan dalam membina istana masing-masing tanpa diberi peralatan dari kd persiapan dan peralatan. Setelah selesai permainan istana pasir, semua ahli berkumpul di dalam kumpulan masing-masing untuk acara terakhir iaitu ucapan akhir dari pengarah program dan pengerusi Helwani serta penyampaian hadiah. Kd protocol selaku kondact program mengumumkan pemenang bagi keseluruhan acara, juara dimenangi oleh kumpulan Aisyah, Naib Juara direbut oleh Zahra, ketiga Siti Khadijah dan ke4 Zainab Al-Ghazali. Begitulah kemeriahan yang dirasai oleh setiap ahli yang hadir, walaupun kepenatan menjengah, namun kepuasan dan kegembiraan tergambar oleh setiap ahli muslimat. Setelah selesai, semua ahli muslimat berkemas-kemas dan berangkat pulang ke rumah masing-masing. Semoga program seperti ini diadakan lagi bagi mengeratkan ukhwah diantara kita. Tautkan kembali ukhwah kita, semaikan kasih sayang yang semakin hilang diantara kita. Kenangan ini tersemat dihati..
NISA’ BOLEH…
NISA’ HEBAT…
NISA' POWER…
‘NISA’ PENGERAK KEWIBAWAAN UMMAH’
Wassalam…

Pengarah program Nisa’ Games II
Nurul Sa’adah binti Hasan Basri..
                                   

Kamis, 08 Maret 2012

WAKIL PKPMI-CA WAWANCARA BERSAMA AKHBAR ‘SERAMBI INDONESIA’

7 Mac 2012, (Rabu) – Pengerusi Hal Ehwal Wanita (HELWANI) ditemani oleh Timbalan Setiausaha Agung sesi 2011/2012 telah dijemput oleh Pihak Dekan Fakultas Ushuluddin mewakili pelajar Malaysia untuk diwawancara oleh koran Serambi Indonesia. Menurut sumber, wawancara ini akan dimuatkan dalam salah satu kolum iaitu ‘Serambi School’. Kolum ini berkaitan dengan sistem pendidikan peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi di Aceh. Sesi wawancara ini berlangsung sekitar 1 jam yang turut dihadiri oleh wakil mahasiswa Aceh antaranya Gubernur Badan Eksekutif Mahasiswa Fakultas Ushuluddin (BEMA-FU), dan wakil pelajar cemerlang fakultas Ushuluddin yang menerima biasiswa dari pihak IAIN Ar-Raniry.

         Beberapa soalan telah diajukan kepada wakil PKPMI-CA. Antaranya mengenai mengapa memilih Aceh sebagai tempat belajar, apakah kelebihan belajar di Aceh berbanding di Malaysia dan pelbagai persoalan sekitar pengalaman anak-anak Malaysia di perantauan.
         Pihak PKPMI-CA amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Dekan Fakultas Ushuluddin dan Serambi Indonesia karena telah memberikan kesempatan yang amat berharga ini. Beserta ini, harapan kepada ahli-ahli PKPMI-CA “Tuntutlah sebanyak mana ilmu yang ada di sini dan jagalah keberkatan ilmu kita dengan amal soleh”. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberikan taufiq dan hidayah kepada kita semua. Amin.

Sekian, wassalam.
 _KEMANTAPAN TARBIYYAH TERAS KESATUAN MAHASISWA_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...