Alhamdulillah segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah Taala kerana telah memberikan keizinan untuk mengadakan Program Nisa’ Games II pada 29Feb 2012 iaitu bersamaan hari rabu yang diadakan di Pantai Wisata Ujong Batee, Banda Aceh. Program ini diadakah dengan kehadiran mahasiswa muslimat dari 3buah Negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Ini merupakan program yang julung-julung diadakan dan ia dibawah anjuran Biro Kesenian dan Sukan PKPMI-CA 2011/2012.
Pada Hari program, Kami bergerak ke tapak program sekitar jam 7.15pagi dan smpai jam 7.45pagi. setelah itu, acara perasmian diadakan dan dahului dengan bacaan ayat suci Al-Qur’an oleh Al-Ukht Asma’ binti Amran, setelah itu bacaan doa oleh Al-Ukht Zubaidatul Jannah binti Nordin, kemudian sesi ucapan kata alu-aluan oleh pengerusi Helwani Al-Ukht Hatim Fathonah binti Mohd Kamal, merangkap Penasihat kepada program ini dan setelah itu diikuti dengan ucapan Pengarah Program Al-Ukht Nurul Sa’adah binti Hasan Basri. Program ini dirasmikan oleh Ibu’ Azniar Araby iaitu Isteri kepada Pak Rektor IAIN AR-RANIRY. Acara perasamian berakhir sekitar jam 9.10pagi.
Setelah itu, ahli muslimat PKPMI-CA, Thailand dan Aceh bersiap untuk sesi warming up yang diketuai oleh Al-Ukht Aslindawati iaitu bendahari dari Biro Kesenian dan Sukan 2011/2012. Namun program yang dirancang diuji dengan kehadiran dari rahmat Allah, hujan turun dengan lebatnya tetapi ia tidak mematahkan semangat tanzim pelaksana untuk meneruskan program, plan B dilakukan iaitu dengan mengadakan acara diatas pondok tempat kami berteduh dan ia dimulai dengan acara tiup belon, makan buah limau, isi benang dalam jarum, cari gula2 dalam tepung, design baju dan anyam ketupat. Ketika ini kehangatan acara dirasai dan kedengaran sorakkan dari kumpulan masing-masing member sokongan kepada kawan-kawan yang terlibat dengan permainan yang berlansung.
Jam 12.45tengah hari, sebelum ahli berhenti rehat pengarah mengambil alih program bagi mendengarkan tredmark setiap kumpulan, meriah dan ceria yang dapat dirasai. Masing-masing mempunyai tredmark yang mantap dan mengambarkan kehebatan muslimat. Kesatuan ini menyatukan kami dari 3buah Negara tanpa memikirkan dari perbezaan budaya, ukhwah tercipta kasih saying tersemai dihati kami. Setelah itu, ahli berhenti rehat untuk solat dan makan tengah hari.
Alhamdulillah, hujan semakin reda namun tanzim pelaksana mengambil keputusan untuk mengadakan permainan di lapangan, semangat dari ahli2 mendorong kami untuk meneruskan acara selanjutnya. Sekitar jam 2.00ptg, semua ahli turun kelapangan untuk acara seterusnya iaitu isi air dalam botol, baling belon, lari dalam guni, kepit buah kelapa sambil lari, lari atas tempurung, boling kelapa,dan bawa bola pingpong dalam sudu. Sorakan demi sorakan menjadikan acara permainan semakin meriah dan mencuit hati kami dikalangan tanzim pelaksana. Begitu meriah tika sesekali melepaskan beban difikiran dan kepuasan dirasai dikalangan kami.
Sekitar jam 4.20ptg, ahli berhenti berehat untuk menunaikan solat asar. Dan acara kemuncak diadakan jam 5.15ptg iaitu permainan terkhir istana pasir. Istana pasir diadakan demi mengeratkan ukhwah diantara kami kerana ia melibatkan semua ahli kumpulan. Disitu terlihat kreativiti setiap ahli kumpulan dalam membina istana masing-masing tanpa diberi peralatan dari kd persiapan dan peralatan. Setelah selesai permainan istana pasir, semua ahli berkumpul di dalam kumpulan masing-masing untuk acara terakhir iaitu ucapan akhir dari pengarah program dan pengerusi Helwani serta penyampaian hadiah. Kd protocol selaku kondact program mengumumkan pemenang bagi keseluruhan acara, juara dimenangi oleh kumpulan Aisyah, Naib Juara direbut oleh Zahra, ketiga Siti Khadijah dan ke4 Zainab Al-Ghazali. Begitulah kemeriahan yang dirasai oleh setiap ahli yang hadir, walaupun kepenatan menjengah, namun kepuasan dan kegembiraan tergambar oleh setiap ahli muslimat. Setelah selesai, semua ahli muslimat berkemas-kemas dan berangkat pulang ke rumah masing-masing. Semoga program seperti ini diadakan lagi bagi mengeratkan ukhwah diantara kita. Tautkan kembali ukhwah kita, semaikan kasih sayang yang semakin hilang diantara kita. Kenangan ini tersemat dihati..
NISA’ BOLEH…
NISA’ HEBAT…
NISA' POWER…
‘NISA’ PENGERAK KEWIBAWAAN UMMAH’
Wassalam…
Pengarah program Nisa’ Games II
Nurul Sa’adah binti Hasan Basri..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar