Rabu, 18 April 2012

Membina Kekuatan Melalui Usrah



Kekuatan yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad S.A.W dengan terbinanya empayar Madinah Al-Munawwarah tidak datang dengan sendirinya bahkan kekuatan itu adalah merupakan perencanaan jangka panjang baginda yang telah diolah berdasarkan pengawalan akal,emosi,dan hati berteraskan keimanan yang kukuh kepada Allah S.W.T.
Jadi, melalui kebijaksaan yang Allah S.W.T jelmakan melalui nabi S.A.W itu,baginda telah mencanangkan satu bentuk pendekatan yang begitu mengagumkan dan berkesan dalam membina satu bentuk kekuatan yang mencakupi daripada pelbagai sudut kehidupan iaitu usrah. Dalam hal ini,Imam Hassan Al-Banna telah menerangkan bahawa rukun-rukun yang terdapat dalam usrah tersebut adalah merupakan intipati tepat ke atas persoalan bagaimana ramuan usrah ini mampu dimanipulasikan oleh baginda sehingga berjaya menghasilkan manusia-manusia hebat yang mana semangat juang mereka ini sangat utuh dan jitu.Contohnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Bilal,Umar dan sebagainya. Jadi,melalui persoalan ini,Imam Hassan Al-Banna telah merungkaikan satu persatu rukun-rukun usrah yang menjadi tunjang yang kuat dalam pembinaan kekuatan umat islam.

Tiga rukun utama yang diutarakan oleh As-Syahid ialah ta,aruf (perkenalan),tafahum (persefahaman)dan takaful(tolong-menolong).Dilihat secara lebih khusus,sememangnya tidak syak lagi ramuan ini mampu memberikan satu bentuk perhubungan rohani dan jasmani yang begitu kuat seterusnya membenarkan kalam Allah yang menyatakan tentang perlunya perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia.

Semua ini telah mampu dibuktikan dengan hanya satu halaqah yang kecil tetapi berupaya menjadi enjin yang menggerakkan satu mesin yang besar.Jadi,apa yang paling penting mutakhir ini ialah para pejuang islam mesti kembali untuk bersama-sama mengutamakan pendekatan usrah yang sememangnya menjadi sunnah nabi S.A.W ini sekiranya para penegak kebenaran ini mahu membina kekuatan ummah yang bukan sahaja baik perhubungannya dengan Allah tapi juga baik perhubungannya dengan manusia....Hidup Untuk Islam..!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...