Senin, 23 April 2012

MUSLIMAT & MIKSI 2012


Syukur Alhamdulillah kerana Program MIKSI (minggu kesenian & Sukan Islam) telah berjaya kita bawa dengan baik. Program MIKSI 2012 ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh Biro Kesenian dan Sukan PKPMI-CA,  setelah persatuan diaktifkan kembali pada tahun 2008 selepas tragedi Tsunami 2004. Syabas diucapkan !! Dengan adanya program sebegini anak-anak malaysia yang berada dibumi Aceh ini dapat berkumpul beramai-ramai demi mengeratkan silaturrahim. Kesibukan belajar tidak menjadi penghalang untuk kami mengadakan aktiviti sebegini. 

Sebagaimana kita ketahui, Islam adalah dien al-Fitrah, seluruh ajarannya berjalan dengan harmonis dan selaras dengan naluri dasar dan kesiapan manusia bahkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syariatnya memenuhi hajat kehidupan manusia dalam berbagai aspeknya. Firman Allah swt. Yang bearti: “ maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetaui.” [Surah Ar-Rum: 30]

Menurut Al-Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa Allah swt. telah memberikan manusia akal dan pancaindra. Tiap-tiap dari pancaindera itu ingin menikmati sesuatu menurut nalurinya masing-masing. Umpamanya, ingin menikmati sesuatu yang indah, ingin mendengarkan sesuatu yang merdu dan nyaring. Jadi tidak masuk akal bila semua pemandangan, tontonan/hiburan kesenian dan berbagainya dihalang dalam Islam. Namun pancaindera itu jangan dibiarkan berjalan sekehendaknya, melainkan harus kontrol dan disalurkan kejalan yang baik.

Program Miksi peringkat Muslimat ini bermula pada tanggal 15 April, yang dimulakan dengan acara perlawanan Ping pong. Kemudian pada tanggal 22 April adalah hari  terakhir kesenian dan kebudayaan yang mana semua muslimat berpatisipasi dalam membuat persembahan masing-masing. Acara pada hari tersebut diserikan dengan kehadiran Ibu Ir Azniar sebagai perasmi Program MIKSI 2012. Disamping  kunjungan dari dosen fakultas dakwah dan anak Aceh.

Majlis ini juga bertambah seri dan indah dengan gandingan mantap dari MC yaitu Nor Safika dan Jamratul Shaheenaz yang sememangnya kreatif dengan idea-idea spontan dan cool mereka iaitu dengan adanya acara selingan seperti teka-teki, belon beracun dan cabutan bertuah. Tambahan pula persembahan yang begitu mantap dari group bayeun rilex sudah iaitu dikir barat Tsunami, sajak dan nasyid. Manakala group muslimat dari tengku diblang mempersembahkan puisi Jihad Boikot Yahudi dan sketsa 3S (senyum,salam dan sapa). Selain itu, persembahan istimewa dari tanzim pelaksana minggu kesenian dan sukan Islam iaitu nasyid dan tidak lupa persembahan khas dari Exco muslimat PKPMI-CA 2011/2012 iaitu pentomen yang diadaptasi dari kisah Sumayyah. Seterusnya, acara penutup MIKSI  dengan penyampaian hadiah serta penyerahan sijil penyertaan dan penghargaan bagi semua yang terlibat. Majlis ini diakhiri dengan tayangan video dari Biro Kesenian dan Sukan PKPMI-CA 2011/2012.  Syabas diucapkan !!! Semoga acara yang telah berlangsung diredhai oleh Allah swt.... 
Harapan kami dari pimpinan PKPMI-CA 2011/2012 semoga kedepan Biro Kesenian dan Sukan peringkat muslimat akan terus aktif dan lebih aktif...(^__^)  Majukan Sukan untuk PKPMI-CA.

_KEMANTAPAN TARBIYYAH TERAS KESATUAN MAHASISWA_

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...