Syukur Alhamdulillah kerana Program MIKSI (minggu kesenian &
Sukan Islam) telah berjaya kita bawa dengan baik. Program MIKSI 2012 ini
merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh Biro Kesenian dan Sukan
PKPMI-CA, setelah persatuan diaktifkan
kembali pada tahun 2008 selepas tragedi Tsunami 2004. Syabas diucapkan !!
Dengan adanya program sebegini anak-anak malaysia yang berada dibumi Aceh ini dapat
berkumpul beramai-ramai demi mengeratkan silaturrahim. Kesibukan belajar tidak
menjadi penghalang untuk kami mengadakan aktiviti sebegini.
Sebagaimana kita ketahui, Islam adalah dien al-Fitrah, seluruh
ajarannya berjalan dengan harmonis dan selaras dengan naluri dasar dan kesiapan
manusia bahkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syariatnya memenuhi hajat
kehidupan manusia dalam berbagai aspeknya. Firman Allah swt. Yang bearti: “ maka
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); Fitrah Allah yang telah
menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.
Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetaui.” [Surah
Ar-Rum: 30]
Menurut Al-Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa Allah swt. telah
memberikan manusia akal dan pancaindra. Tiap-tiap dari pancaindera itu ingin
menikmati sesuatu menurut nalurinya masing-masing. Umpamanya, ingin menikmati
sesuatu yang indah, ingin mendengarkan sesuatu yang merdu dan nyaring. Jadi
tidak masuk akal bila semua pemandangan, tontonan/hiburan kesenian dan
berbagainya dihalang dalam Islam. Namun pancaindera itu jangan dibiarkan
berjalan sekehendaknya, melainkan harus kontrol dan disalurkan kejalan yang
baik.
Program Miksi peringkat Muslimat ini bermula pada tanggal 15 April,
yang dimulakan dengan acara perlawanan Ping pong. Kemudian pada tanggal 22 April
adalah hari terakhir kesenian dan
kebudayaan yang mana semua muslimat berpatisipasi dalam membuat persembahan
masing-masing. Acara pada hari tersebut diserikan dengan kehadiran Ibu Ir
Azniar sebagai perasmi Program MIKSI 2012. Disamping kunjungan dari dosen fakultas dakwah dan anak
Aceh.
Majlis ini juga bertambah seri dan indah dengan gandingan mantap
dari MC yaitu Nor Safika dan Jamratul Shaheenaz yang sememangnya kreatif dengan
idea-idea spontan dan cool mereka iaitu dengan adanya acara selingan seperti teka-teki,
belon beracun dan cabutan bertuah. Tambahan pula persembahan yang begitu mantap
dari group bayeun rilex sudah iaitu dikir barat Tsunami, sajak dan nasyid. Manakala group muslimat dari tengku diblang mempersembahkan puisi Jihad Boikot Yahudi dan
sketsa 3S (senyum,salam dan sapa). Selain itu, persembahan istimewa dari tanzim
pelaksana minggu kesenian dan sukan Islam iaitu nasyid dan tidak lupa persembahan
khas dari Exco muslimat PKPMI-CA 2011/2012 iaitu pentomen yang diadaptasi dari
kisah Sumayyah. Seterusnya, acara penutup MIKSI dengan penyampaian hadiah serta penyerahan sijil penyertaan dan penghargaan
bagi semua yang terlibat. Majlis ini diakhiri dengan tayangan video dari Biro
Kesenian dan Sukan PKPMI-CA 2011/2012. Syabas diucapkan !!! Semoga acara yang telah berlangsung diredhai
oleh Allah swt....
Harapan kami dari pimpinan PKPMI-CA 2011/2012 semoga
kedepan Biro Kesenian dan Sukan peringkat muslimat akan terus aktif dan lebih
aktif...(^__^) Majukan Sukan untuk
PKPMI-CA.
_KEMANTAPAN TARBIYYAH TERAS KESATUAN MAHASISWA_