.::Kemantapan Tarbiyyah Teras Kesatuan Mahasiswa::.
Kamis, 24 November 2011
Sabtu, 19 November 2011
Untukmu Wanita
Wahai wanita tidak bertudung…
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang
bertudung…..
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang
bertudung…..
Wahai wanita yang bertudung…
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat
membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau
bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada…
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat
membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau
bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada…
Wahai wanita bertudung labuh…
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak
bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa….
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak
bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa….
Wahai wanita yang bertaqwa….
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh..
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh..
Wahai muslimah solehah pula…
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..
_Kemantapan Tarbiyyah Teras Kesatuan Mahasiswa_
Sahutlah seruan ini..
_Kemantapan Tarbiyyah Teras Kesatuan Mahasiswa_
Senin, 14 November 2011
Ukhuwwah Fillah
Alhamdulillah..
selesai sudah dua program besar PKPMI-CA
bersama masyarakat Aceh tahun 2011 ini iaitu program Qurban di panti Asuhan
Tahfiz An-Nur Lueng Bata pada tanggal 6 november dan Bakti sosial (Baksos) di Kompleks Budha
Suci/Cinta Kasih Kampung Neuheun tanggal 4 November sehingga 9 November. Kedua-dua
program ini merupakan program pengantarabangsaan yang pertama kali dilakukan
dengan kerjasama antara PKPMI-CA dan Universiti Malaysia Kelantan(UMK) dan telah
mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung serta seluruh Anak
malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua panitia Qurban yang telah bertungkus-lumus mengendalikan program ini. Semoga keikhlasan
antum/antunna dalam menjalankan amanah ini diberi ganjaran pahala oleh Allah
s.wt. Terima kasih juga kepada semua ahli PKPMI-CA yang turut hadir memeriahkan
lagi program ini. Alhamdulillah, Program
Bakti Sosial juga telah berjaya kami laksanakan sebagaimana yang telah kami rancang.
Walaupun terdapat perbezaan aliran antara kami (PKPMI-CA dan UMK), tetapi ia
bukanlah penghalang untuk kami berukhuwwah sehingga manisnya ukhuwwah itu
terasa di hati-hati kami. Terlalu singkat rasanya pertemuan antara kami, namun
kami redha kerana setiap pertemuan itu, pasti ada perpisahan. Semoga jalinan
ukhuwwah yang dibina adalah kerana Allah s.wt dan berkekalan hendaknya.
Dengan
itu PKPMI-Ca telah menubuhkan 4 unit dan salah satunya adalah unit mini
pavillion. Semoga unit mini pavillion yang baru saja ditubuhkan ini akan
mendapat sambutan yang begitu hangat daripada ahli PKPMI-CA, sama-samalah kita
menggerakkan unit ini di samping mengeratkan silaturahim antara kita dan
masyarakat Aceh. InsyaAllah, amin....
_Seerat-erat Ukhuwwah Setinggi-tinggi Qudwah_
Sabtu, 12 November 2011
Derhaka Dalam Taat
Ghurur yang bermaksud ‘tipudaya’ juga diertikan dengan maksud
‘syaitan’ dan ‘segala yang sia-sia’. Orang yang terkena penyakit ghurur
selalunya lupa bahawa di sebalik ketaatan yang ditunjukkan melalui
amalan zahirnya tersembunyi sifat derhaka atau dalam perkataan lain
melakukan ‘derhaka dalam taat’.
Maksud orang yang derhaka dalam taat ialah orang yang tidak sedar
dirinya melakukan amalan yang kelihatan baik, tetapi hakikatnya ia
dibenci oleh Allah, kerana terselit niat dan perasaaan tidak
ikhlas,riak, ujub, sombong, mengharapkan ganjaran dunia, mengharapkan
pujian, kerana mencari pengaruh dan lain-lain.
Orang yang riak juga dianggap oleh Allah sebagai ‘penipu’ dalam mengamalkan perintah agama. (Surah al-Ma’un: 4-6)
Terdapat dua golongan yang dianggap melakukan derhaka dalam taat, iaitu:
1. Amal Yang Tidak Sempurna
Orang yang mengamalkan syariat lahir dan batin tetapi kedua-duanya
tidak sempurna dan dalam masa yang sama ia masih terlibat dengan dosa
dan maksiat, sama ada maksiat zahir atau batin.
Contohnya, melakukan semua perintah fardu di samping amalan sunat
seperti solat Tahajud, puasa sunat, membaca al-Quran dan lain-lain dan
ada kalanya dia pemurah, lemah-lembut, tetapi kehidupannya masih lagi
terlibat dengan riba, dedah aurat, pergaulan bebas, mengumpat,
menfitnah, mencerca, sombong dan cinta dunia.
Golongan ini dianggap golongan derhaka dan ia tidak lepas dari api
Neraka. Imam Ghazali berkata:”Kalau kamu tidak boleh (belum mampu) untuk
bangun solat Tahajud malam, janganlah buat dosa (perkara haram) di
siang hari. Kerana tidak ada gunanya berbakti pada Allah di malam hari
tetapi derhaka di siang hari.
2. Cuai Dengan Amalan Batin
Orang yang banyak mengerjakan amalan-amalan lahir tetapi cuai
terhadap amalan-amalan batin. Orang ini kelihatan pada zahirnya
sempurna, baik, tetapi hatinya penuh dengan hasad dengki, buruk sangka,
sombong, bakhil, riak, ujub, cinta dunia, mementingkan diri sendiri dan
lain-lain. Selain itu ia juga suka menghina dan memandang rendah kepada
orang yang kurang ibadah, kerana menyangka dirinya hebat. Dia merasa
tenang dan senang dengan ibadahnya dan rasa yakin akan selamat di
Akhirat. Ia menyangka dengan amalannya pasti Allah akan berinya
kedudukan yang mulia di dalam Syurga. Orang ini dianggap derhaka pada
Allah dalam amalan taatnya. Sebenarnya ia jauh dari Allah dan hatinya
terputus dengan Allah.
Oleh itu , dalam menilai amalan, para ulama sepakat menyimpulkan;
Biar sedikit amal walaupun sekadar yang fardu sahaja, tetapi di dalam
hati tersemat rasa takut pada Allah (taqwa) daripada banyak amal lahir
tetapi tiada rasa taqwa. Walaupun banyak dan hebat ibadah seseorang,
tetapi selagi hatinya tidak zuhud dengan dunia, selama itu ibadahnya
tidak bernilai.
Seorang manusia yang telah selesai melakukan segala perintah Allah,
tetapi dalam masa yang sama, jika hatinya tidak beradab dengan Allah,
masih ada riak, ujub dan lain-lain, belum tentu Allah terima amalannya.
Firman Allah, maksudnya:”Ada pun orang yang enggan dan menyombongkan
diri maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih.”
(An-Nisa’: 173)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya yang amat aku
takut sekali di antara segala perkara yang terjadi ke atas kamu ialah
syirik kecil.” Sahabat bertanya:”Apakah syirik kecil itu?” Baginda SAW
menjawab,”Ialah riak (beramal dengan tidak ikhlas) kerana
menunjuk-nunjukkan amalan.” Kemudian baginda SAW menyambung: “Di Akhirat
kelak, iaitu sewaktu setiap manusia melihat amalannya, Allah swt
berfirman kepada mereka:”Pergilah kamu semua kepada sesuatu yang kamu
niatkan (menunjuk-nunjukkan) amalan kamu ketika di dunia. Lihatlah apa
yang kamu boleh perolehi balasan dari mereka itu?” (Riwayat Ahmad dan
al-Baihaqi).
Dalam hadis lain Rasulullah SAW menegaskan:”Allah swt tidak menerima
sesuatu amalan yang di dalamnya terselit perasaan riak, walaupun sebesar
zarrah.” (hadis dinukil oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin).
_Kemantapan Tarbiyyah Teras Kesatuan Mahasiswa_
Langganan:
Postingan (Atom)